Ya Allah, Permudahkan Segala Urusan Ku” – Hafiz Suip Alami Slipped Disc

Penyanyi Hafiz Suip terpaksa akur apabila perlu menjalani rawatan akibat kecederaan pada tulang belakangnya (slipped disc).

Hal itu dimaklumkan oleh Hafiz di laman Instagramnya hari ini.

Hafiz juga berkongsi foto yang merakamkan dirinya sedang menerima rawatan.

“Ya Allah kau permudahkan segala urusan ku. Slip disc datang lagi dengan permainan baru!!!” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen foto berkenaan, peminat mendoakan agar segala urusan perubatan Hafiz dipermudahkan dan cepat sembuh.

Hafiz sebelum ini pernah di masukkan ke sebuah hospital akibat kecederaan yang sama pada tahun 2015.

 

Foto: Instagram @hafizsuip

Sumber:AstroGempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *