Sherry Ibrahim ‘Naik Angin’ Dikaitkan Dengan Persandingan Fattzura

Pelakon popular Sherry Ibrahim, ‘naik hantu’ apabila seorang perunding perkahwinan di Instagram (IG) bersikap biadap dan melemparkan komen kurang sesuai terhadapnya.

Mungkin kerana tidak dapat menahan rasa marah terhadap pemilik Instagram perunding perkahwinan tersebut yang dikenali sebagai Rekateemor, Sherry telah memuat naik sebuah gambar screenshot komen itu dan terlihat rakan-rakan artis turut mengecam tindakan perunding perkahwinan ini.

“Dah Tengok Wedding Fazura”- Rekateemor

 

Umumnya, persandingan Fazura dan Fattah Amin tiada kaitan dalam hidup Sherry malah Sherry sendiri tidak mengenali rapat perunding perkahwinan ini.

BACA Fattah Amin Bakal Melamar Fazura 13 November Ini?
Menerusi screenshot tersebut, Hangat.com difahamkan Sherry turut berpesan kepada perunding perkahwinan tersebut supaya berhenti menjadi pembuli cyber di IG dan belajar menghormati orang lain sebelum dia mengambil tindakan selanjutnya.

Komen yang diberikan oleh Rekateemor ini dianggap tidak sepatutnya ditujukan kepada Sherry Ibrahim

“First of all i DON’T even know them and This happened on my video that i’d posted last night . THIS remarks has led into public / cyber harassment (cyber bully) and open for the RISK and DISRESPECTFUL. KINDLY EXPLAIN TO ME BEFORE I PERSUADE FURTHER ACTION” (Pertama sekali saya tidak tahu siapa mereka dan ini berlaku pada video saya yang saya muat turun malam tadi, kata-kata INI telah memberi gangguan (pembuli siber) dan tidak hormat)

Sebelum ini, Sherry ada memuatnaik video ketika melakukan persembahan ketika sesi latihan GempakSuperstar , dan secara tiba-tiba ada komen dari perunding perkahwinan yang bertanggungjawab menguruskan persandingan Fattah Amin dan Fazura. Komen itu dianggap biadab.

Bagaimanapun, majoriti pengikut IG pelakon Syurga Yang Kedua itu menyelar tindakan perunding perkahwinan ini yang sangat memalukan dan biadab. Beberapa rakan teman artis juga meluahkan rasa kecewa terhadap isu antaranya pelakon Ryzal Jaafar.

 

Para peminat juga memberi semangat kepada pelakon kesayangan mereka itu supaya terus kuat dan bersabar.

Sumber:Hangat.com

Leave a Reply