Penduduk Kuala Matu gempar, bangkai aneh ditemui terdampar di tepi pantai

MUKAH – Penduduk di Kuala Matu di sini gempar dengan penemuan bangkai haiwan aneh yang terdampar di tepi pantai berhampiran Tanjung Jol di sini hari ini.

Bangkai dipercayai seekor ikan paus itu ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 8 pagi.

Penemuan bangkai aneh tersebut itu kemudian dilaporkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap SFC ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung penemuan bangkai haiwan berkenaan.

“Ya. Kami ada menerima laporan berhubung penemuan bangkai haiwan aneh itu daripada penduduk tempatan.

“Buat masa ini, pegawai kami sedang dalam perjalanan ke lokasi penemuan untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jurucakap sama menambah, buat masa ini, pihaknya tidak menolak kemungkinan bangkai haiwan aneh itu adalah seekor ikan paus yang dibawa arus deras ke tepi pantai tersebut. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *