Mangsa Nyaris Maut Terkejut Lihat Ular Muncul Di Handle Motorsikal

Memang tidak dapat bayangkan situasi terkejut seorang menunggang motorsikal yang berdepan dengan dua ekor ular yang muncul secara tiba-tiba dari pemegang motorsikal. Walaupun, saiz haiwan berkenaan adalah kecil tapak tangan dan ianya boleh mengundang bahaya. Mungkin motorsikal anda juga ada binatang ini tanpa disedari. Baca untuk berita selanjutnya.

Terkejut

Kejadian berlaku sekitar 8 malam, semalam, ketika mangsa menunggang motorsikal. Lelaki tersebut dikatakan terkejut apabila melihat seekor ular keluar dari pemegang sebelah kanan motorsikal.

Kerana ular

Mangsa terkejut dan hilang kawalan sehingga jatuh di tengah jalan. Malah, lelaki tersebut mengalami kecederaan sehingga mengakibatkan patah tulang bahagian bahu dan pinggul.

2 ekor ular tersebut berjaya dikeluarkan Bomba & Penyelamat. Anda dinasihatkan untuk memeriksa juga motorsikal sebelum menunggang, takut-takut ada ular dalam kompenen motorsikal yang sudah lama menginap.

Credit: Peon JB

Sumber: OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *