Video: Staf JPJ Perlis Buat Panama Dance Cetus Tular!

SEBUAH video yang tular di laman Facebook menunjukkan beberapa orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perlis menari tarian Panama Dance telah menarik perhatian netizen.

Kira-kira 12 kakitangan termasuk salah seorang pengarahnya menari sakan dalam babak-babak singkat mengikut lagu yang sedang popular kini iaitu Panama yang didendangkan oleh penyanyi Amerika Latin bernama Matteo.

Meskipun baru sahaja dimuat naik 4 jam yang lalu, jumlah tontonan sudah pun mencecah 321,000 dan menerima 21,000 ‘likes’ di Facebook.

Malah, pengikut laman Facebook JPJ Perlis juga sudah melonjak kepada 14,000 dalam masa yang singkat itu!

 

 

Ramai netizen memuji usaha pihak hospital membikin video berdurasi 3 minit 38 saat itu dalam pelbagai latar, iaitu di koridor, dalam pejabat dan juga di perkarangan luar bangunan jabatan kerajaan tersebut.

Koreografi tarian juga dikatakan sangat profesional serta penglibatan kakitangan daripada jawatan yang berbeza turut mendapat pujian netizen yang kagum dengan semangat kekitaan mereka.

Panama Dance telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia kebelakangan ini sehingga ramai yang cuba untuk melakukan versi sendiri.

Baru-baru ini, tarian Panama Dance yang dipersembahkan oleh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah juga telah mencetuskan sensasi dan menarik perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *