(Video Akhir) Mark Adam, Hatimu Mulia. Kongsi Hadiah Bersama Rakan.

SHAH ALAM: Menepati janji, penyanyi Mark Adam yang menjuarai Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018 membahagikan RM60,000 daripada RM100,000 hadiah wang tunai yang dimenanginya pada pentas akhir program realiti itu di sini, malam tadi, kepada empat peserta lain.

Tahniah kepada mark ada yang menjadi juara bintang bersama bintang untuk edisi 2018. biarpun hanya berlatar belakangkan sebagai seorang penyanyi. tetapi mark ada telah berjaya menukar profession kepada seorang pelawak dari setiap minggu tiap minggu .

Apa yang penting setiap minggu mark adam ada mesej dan juga yang kali terakhir dia tidak pernah melupakan ibunya di pinoy, Philippines.

Bergandingan dengan khir rahman malam tadi memang ada kelainan selain dia kembali menjadi seorang gangster tapi mak dia tak pernah lupa. Memang ada lawak tapi campur dengan sedih sekali.

Mark Adam mengetepikan empat pencabar lain iaitu Shuk, Achey, Ajak dan Issey dalam sketsa bertemakan bebas yang turut menampilkan artis undangan.

Mark berkata, perkara itu pernah dibincangkan dengan Issey, Achey, Shuk dan Ajak, tetapi bukanlah secara rasmi dan hanya cakap kosong.

 

“Saya rasa seronok dan gembira dengan kemenangan ini. Sebenarnya perkara ini (berkongsi wang hadiah) pernah dibincangkan bersama dan saya tunaikan supaya semua rakan-rakan gembira.

Sebaik dinobatkan juara, Mark mengumumkan hasrat memberi RM15,000 setiap seorang kepada Achey, Ajak, Shuk dan Issey yang bersaing dengannya dalam program itu.

“Ini pilihan saya dan diharapkan agar rakan-rakan boleh memanfaatkannya dengan bersedekah kepada anak yatim atau mereka yang memerlukan,” katanya.

Mark mengakui sebelum pengumuman pemenang dibuat, dia sudah berniat untuk melaksanakan perkara itu.

“Saya tidak pasti tindakan orang lain sekiranya menang tapi saya memang nak berkongsi rezeki dengan semua.

“Dalam program ini, saya banyak belajar dengan mereka dan di belakang tabir kami ibarat satu keluarga,” katanya.

Mark juga mengucapkan terima kasih kepada artis undangannya Khir Rahman yang banyak membantunya sehingga muncul juara.

Malam kemuncak SBBB 2018 yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, di sini, diadili juri tetap, Saiful Apek dan juri jemputan, Fasha Sandha. Penghakiman mereka mewakili 70 peratus manakala selebihnya undian atas talian.

Pusingan awal yang dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang 2018 adalah medan peperangan lawak era baharu yang menonjolkan cabaran enam peserta iaitu Ajak, Issey, Mark Adam, Achey, Shuk dan Abam.

Bagaimanapun, Abam menjadi peserta tunggal yang terkeluar pada episod penyingkiran minggu keenam program realiti itu.

Setiap minggu, peserta paling menyerlah dengan sketsa sarat mesej berpeluang membawa pulang RM10,000.

Sketsa pada malam tadi turut menampilkan selebriti jemputan seperti Shahrul Shiro, Uqasha Senrose, Khir Rahman, Syafiq Kyle dan Anne Achey (isteri Achey).

Manakala, pelakon terkenal Fasha Sandha tampil sebagai juri jemputan bagi menemani juri tetap Saiful Apek.

Sistem undian atas talian hanya dibuka pada hari Bintang Bersama Bintang 2018 bersiaran bermula 6 petang.

Program itu dihoskan oleh AG KoolFM.

Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Zurina Othman, berkata BBB 2018 bakal menyaksikan lawak jenaka yang pasti mencuit hati penonton berikutan barisan pesertanya bukan calang-calang bakat.

“BBB 2018 diharapkan dapat menjadi program yang mampu menghiburkan penonton bersama lawak hebat, selain menjadi rancangan yang dapat menghimpunkan anggota keluarga bersama-sama sebelum mengakhiri cuti hujung minggu mereka.” katanya pada sidang media di sini.

“Pada persembahan setiap minggu, peserta juga dibenarkan mengundang seorang selebriti untuk mengambil bahagian dalam sketsa masing-masing.

Juri jemputan.

Fasha sandha yang menjadi juri jemputan kembali bergandingan dengan saiful apek ianya satu gandingan yang mantap ketika dulu dalam dunia perfileman. masa tuh memang apek tengah meletop tambah fasha sandha pun sama. Haha.

Issey.

Minggu final kali ini membawa cerita pasal kerohanian . Lawak tetapi ada unsur nasihat yang baik. Bergandingan dengan shafiq kyle.

Ajak.

Ajak yang bergandingan dengan team partner yang lama iaitu shahrul shiro. Kembali menggembalikan kegemilangan shiro. Memang la apda

Syuk.

Membawa uqasha senrose, syuk yang membawa 5 beradik kompang memang gempak. Pasal taja nak meminang puteri genting highlands. Cuma lawak dia memang untuk 18 tahun keatas dan dari segi isi dan moral dia ada kureng sket. Tapi persembahan dia memang ok dah . Boleh dikatakan setiap minggu syuk membawa lawak yang lain dari yang lain dan konsisten setiap minggu.

Achey.

Bergandingan dengan isteri kali ini. Memang kelakar ada mesej pasal disiplin sekolah. Mungkin takda rezeki dia untuk final kali.

Rata-ratanya semua bagi all out rasanya. Semua bagi yang terbaik dan kelakar habislah malam tadi. Cuma itulah rezeki masing-masing kan.

Mark adam juara ..

Dia sempat lagi kata nak bagikan duit yang dia menang ini kepada semua finalis bintang bersama bintang. Cayalah mark ada.

 

Sumber dari BeritaHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *