Nasib Malang Bayi Kembar Yang Ditinggal Ibu Selepas Dilahirkan Dan Ditinggal Bapa 4 Hari Kemudian

Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih, begitulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan nasib malang sepasang bayi kembar yang serta-merta menjadi yatim piatu selepas mereka dilahirkan ke dunia baru-baru ini.

 

Pasangan bayi yang dikenali sebagai Hasan dan Husen ini telah dilahirkan pada 9 Januari 2018 dan selepas sejam mereka melihat dunia, pasangan kembar ini telah menjadi anak yatim setelah ibunya pergi bertemu Ilahi.

Tidak cukup diuji sedemikian, pasangan kembar ini kemudiannya telah bergelar sebagai anak yatim piatu setelah ayah mereka pula meninggal dunia pada empat hari kemudian. Ayah mereka yang dikenali sebagai Samsiri telah meninggal dunia pada 13 Januari 2018.

 

Kini, pasangan bayi kembar ini telah tinggal bersama dengan pakcik mereka di Pasaman Barat, Sumatera Barat. yang merupakan adik kepada arwah ayah mereka. Sebelum membela Hasan dan Husin, pakcik mereka yang bekerja sebagai seorang petani ini telah pun memiliki 6 orang anak.

Kisah bayi ini mula mendapat perhatian netizen di seluruh dunia setelah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Eddie Sikumbang menjadi tular di internet.

 

Netizen berasa simpati dengan nasib malang yang menimpa pasangan bayi kembar ini selain turut mendoakan dan memberikan kata-kata semangat kepada pakcik mereka ini supaya tabah membesarkan 8 orang anak sehingga mereka menjadi orang yang berjaya.

 

sumber: taikotv

Leave a Reply