Pelakon Adam Shahz Dakwa Bekas Isterinya Curang Dan Pernah Disihir

Tahun lalu, pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa sah bercerai talak satu selepas Fatin memfailkan perceraian. Dalam satu kenyataan Fatin tidak menolak punca mereka bercerai adalah kerana sihir pemisah yang dihantar kepadanya.

Semalam, Adam pula membuat satu pendedahan yang mengejutkan menerusi akaun Twitternya. Adam yang terkenal menerusi filem Juvana mendakwa dirinya dibomoh oleh bekas isterinya.

Sebenarnya Adam sudah tidak dapat menahan kesabarannya kerana sering dipersalahkan dan dihimpit pelbagai fitnah sehingga dirinya dipandang negatif oleh sesetengah pihak.

Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa Fatin pernah berlaku curang ketika masih bergelar isteri orang dan meminta agar Fatin berhenti berlakon seolah-olah dirinya adalah mangsa keadaan.

Dipercayai, punca api kemarahan Adam mula membara selepas Fatin menerusi sebuah portal akhbar tempatan mengatakan bekas suaminya itu tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah lapan bulan bercerai dan sering mengganggu kehidupannya. Fatin juga memberitahu pintu hatinya itu sudah tertutup untuk kembali ke pangkuan Adam.

Adam Aisy Arrian Anak Angkat Saya

Dalam perkembangan lain, kenyataan yang dikeluarkan oleh Adam turut mengejutkan netizen kerana pelakon Juvana itu telah mendedahkan anak sulung mereka, Adam Aisy Arrian adalah anak angkatnya.

Malah terdapat komen dari pengikut Adam di Twitter yang mendakwa Adam Aisy Arrian sebenarnya adalah adik kepada Fatin.

 

Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan bercerai padea 30 Mei 2017. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata Adam Aisy Arrian (anak angkat) dan Ivy Herra Sophia.

Sumber Berita : Twitter Adam Shahz

Kredit:beautifulnara, hangat.com

 

 

Leave a Reply