Bukan Lagi Main-main Atau Gurau Senda,Aliff Syukri Serius Mahu Beli Rumah Mewah Di Tengah-tengah Kota London

Baru-baru ini DS Aliff Syukri berkongsi pada orang ramai, dek kerana sedih kerana atap rumah mewah bocor dan bimbang kena kecam teruk lepas filem Badang keluar, dia membawa isteri dan anak-anak terbang ke London.

 

Di sana,Aliff Syukri juga di lihat cuba untuk mencari ruang bagi menggembirakan hati bersama keluarga. Ada juga yang menyarankan kepada beliau untuk beli sahaja rumah di London dan tinggal di sana untuk elakkan diri dari di kecam.

 

Aliff Syukri sempat juga singgah di rumah sebuah warga Malaysia yang berkahwin dengan orang sana dan kata Aliff, dia merasakan seperti mahu mempunyai rumah di London. “tringin ada umah d sini…semalam ada peluang lawat rumah orang malaysia di london….kita pun ambik peluang bergambar kat rumah dia…orangnya dah kahwin dgn minah salleh…baik sangat layanan suami isteri…”

 

Bagi orang kaya berduit, apa sahaja keinginan yang keluar dari hati dan tersebut dekat mulut,pasti mereka akan dapat dengan segera. Setelah melalui banyak hari yang indah di London, Aliff Syukri memuat naik satu gambar rumah mewah di Kota London dan bertanya kepada pengikutnya adakah Yes or No untuk dia membeli rumah tersebut. Katanya “yes or no??..adakah bagus sy beli property di landon dan duduk disini?? sure aman tanpa kecaman..sbb sy dah feefiling mat salleh laahh boleh hempasss selalu.. adakah sy beli?? yes or no?? kalau ramai yg tulis yess esok saya beli😘😘 lepas tu boleh kasi sewa kat org melaysia murah2222”

Di sebabkan Aliff Syukri merasa selesa di London, dia merancang mahu membeli rumah di sana.Makanya ramai followersnya menjawab Yes,yes dan yesss…. Di sebabkan Aliff syukri serius dengan keputusannya itu, dia telah memuat naik sehingga 2 buah videos di Insta Story untuk bertanya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai rumah di London untuk di jual, mereka boleh menghantar gambar beserta harga rumah kepadanya melalui talian telefon. Ds Aliff Syukri sekarang sedang mempertimbangkan untuk memilih mana-mana rumah yang ada termasuk rumah yang di tanya kepada followers itu tadi.

Memang banyak duit Ds Aliff kan?Bila fikir-fikir balik,memang best pun ada rumah dekat luar negara. Bolehlah anak-anak ada suasana baru. Hidup pun tak ada orang kecam.

 

sumber: kisahdunia

 

Leave a Reply