“Jom Kita Main Game Ni” – Datuk Boy Iman Nekad Failkan Saman

Pelakon, penerbit dan usahawam muda, Datuk Boy Iman mengambil telah menfailkan saman terhadap individu yang telah merosakkan reputasi syarikatnya sebelum ini. Seperti mana yang kita tahu, Pengarah Urusan DBI Properties, ini pernah direman berkali-kali bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

 

Boy Iman yang mendakwa individu tersebut telah membuatkan Usahawan melayu bumiputera islam teraniaya, dizalimi dan difitnah. Namun beliau tidak mendedahkan mana-mana nama dalam kes ini.

 

Sebelum ini Yusuf azmi dari PPIM memberi respon terhadap pembebasan Datuk Boy Iman di atas tuduhan penipuan menjual rumah. Beliau nampak terkejut kerana siasatan selesai selepas 16 hari ditahan reman.

 

 

Mengikut kenyataan Yusuf Azmi, Datuk Boy Iman sedang bersenang lenang dan bercuti selepas dibebaskan kerana rakyat masih susah selepas memberikan duit untuk membeli rumah.

Menerusi Instagramnya, Boy Iman, 38, menfailkan saman di Mahkamah Seksyen Shah Alam dengan menulis kapsyen;

 

“Dekat dunia ni xde jalan satu hala je, Kebanyakannya jalan dua hala. Jom kita main “game” ni, Alang2 da bukak, Kita bukak kaw2. Cara profesional, mentaliti & attitude seorang “usahawan”, bukan “scammer”, bukan “gangster”, bukan “cap ayam” mcm korang. Jumpa di mahkamah ya!

 

Selamat berkenalan, Nama saya DBI, Sayalah “Jeneral Perang”, DBI Technology Sdn Bhd.
Usahawan melayu bumiputera islam yg teraniaya, dizalimi dan difitnah. Atas nama “kebenaran”, Atas nama “keadilan”, Atas nama Allah & Rasul. Setiap perbuatan & percakapan ada harganya. Jika kalah saya bayar, Jika menang awak bayar”

Nampaknya Boy Iman betul-betul nekad mahu mendapatkan kebenaran dan mahu mendakwa individu yang menzalimi dirinya. Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

 

sumber: hangat.com

Leave a Reply