Kisah Atuk Berusia 80 Tahun Yang Ikhlas Dan Kasih Sayang Menjaga Cucunya Yang Menghidap Penyakit Ganjil Sejak Lahir Sehingga Meninggal Dunia

Meskipun dihimpit dengan kemiskinan, seorang lelaki tua gigih menjaga cucunya yang berusia 17 tahun seorang diri selepas cucunya itu ditinggalkan oleh ibunya yang baru kematian suami.

Toton, seorang lelaki berusia 80 tahun tinggal di Pangadaran, Jawa Barat, Indonesia telah menjaga cucunya yang sakit sejak lahir selama 17 tahun lagi.

Cucu Toton, Syifa telah menghidapi sejenis penyakit ganjil sejak lahir yang membuatkan tubuhnya kurus kering sehingga menampakkan tulangnya sahaja. Cucunya itu juga tidak boleh berjalan apatah lagi menguruskan dirinya sendiri.

Bapa Syifa meninggal dunia ketika Syifa baru berusia 5 bulan, manakala ibunya pula pergi meninggalkan Syifa setelah kematian suaminya kerana tidak mahu lagi menjaga anaknya yang sakit itu.

 

Sejak dari hari itu, Toton dan isterinya telah mengambil alih peranan sebagai ibu bapa dengan menjaga cucu mereka itu bersama-sama sehingga isterinya meninggal dunia pada beberapa tahun yang lepas.

Toton berkata yang selagi hayat dikandung badan, beliau akan cuba untuk menjaga cucunya itu sebaik yang mungkin. Meskipun merupakan seorang bekas anggota tentera, Toton tidak pernah menerima sebarang pencen dan beliau terpaksa bekerja keras mengerjakan kebunnya bagi menampung kehidupan beliau dan cucunya itu.

Meskipun dihiimpit kemiskinan, Toton tidak pernah mengeluh sedikit pun, apatah lagi mahu meninggalkan cucunya itu sendirian tanpa sebarang penjagaan.

Sejak penderitaan beliau tersebar di laman media sosial, pihak kerajaan Indonesia telah menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan serta kesihatan dan Syifa kini sudah dibenarkan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

 

Walau bagaimanapun, Syifa telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital selepas bertahun-tahun lamanya menantikan rawatan kesihatan tersebut yang lewat tiba.

Kisah penderitaan Toton yang menjaga cucunya itu selama 17 tahun dalam keadaan dihimpit kemiskinan telah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa yang menjadikan kisah hidup mereka sebagai sumber inspirasi supaya kita sentiasa tabah dan tidak mengeluh ketika diuji olehNya.

 

sumber: taikotv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *