Sayu : Sampai hati Cikgu tuduh nya .. Kerana maruah diri dia nekad akhiri hidup (8Gambar)

Nibong Tebal : Selepas bertarung nyawa lebih seminggu, seorang pelajar yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas cuba membunuh diri, meninggal dunia awal pagi Khamis.

Remaja terbabit yang berusia 14 tahun, yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Nibong Tebal, meninggal dunia pada jam 3.30 pagi tadi, di sisi kedua ibu bapanya.

Telefon bimbit yang hilang kononnya dicuri dijumpai M Vasanthapiriya tercicir di kedai makan namun bagaimana dengan anak saudara saya yang kini sudah meninggal dunia?,” kata A Lalitha, 43, ibu saudara pelajar tingkatan dua yang meninggal dunia pagi tadi selepas cuba membunuh diri kerana dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

 

 

M Vasanthapiriya seorang pelajar yang sangat baik dan seorang yang sensitif malah ketika dituduh mengambil telefon bimbit dia dimarahi di hadapan pelajar lain.

Disebabkan tertekan dan malu diperlakukan sedemikian dia membuat tindakan yang drastik untuk akhiri riwayat hidup nya.

Menurut Presiden Persatuan Tamilar Kural Malaysia, David Marshel, berkata mayat remaja itu kini ditempatkan di Unit Forensik HSJ bagi membolehkan proses bedah siasat dilakukan.

Katanya, semua pihak berasa sedih apabila remaja itu akhirnya meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Isnin minggu lalu.

Beliau yang mewakili keluarga remaja itu berkata, ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan mangsa.

Dalam kejadian 22 Januari lalu, remaja perempuan itu dikatakan cuba membunuh diri dengan menggantung diri di dalam biliknya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.

Kejadian itu, bagaimanapun disedari bapanya yang kemudian bertindak pantas menyelamatkan remaja itu sebelum dikejarkan ke hospital.

Remaja itu dikatakan turut meninggalkan sekeping nota untuk kedua ibu bapanya mengaku bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut. R.I.P

Sumber asal : Copyright 2018 Accidentportal.com

Leave a Reply